“Saya rindu sangat, tapi saya redha”- Vicha sebak tak dapat balik Indonesia beraya dengan anak-anak

Pelawak berasal dari Indonesia, Vicha redha tidak dapat pulang berhari raya bersama anak-anaknya di Bandung.

Vicha berkata dia terpaksa akur hasratnya untuk menyambut Syawal bersama permata hati kesayangan tidak kesampaian gara-gara pandemik C0VID-19.

“Setiap tahun saya akan pulang seminggu sebelum raya untuk bersama dengan anak-anak. Tapi kali ini semuanya berbeza.

“Kalau diikutkan hati memang sedih, tapi apa kan daya…Perintah kerajaan perlu dipatuhi demi kebaikan bersama,” katanya.

 

Bagaimanapun kata Vicha, setiap hari dia berhubung dengan anak-anak menerusi panggilan video untuk melepaskan kerinduan.

Apa yang menyentuh perasaan, anak-anak Vicha faham situasi dilalui ibu mereka dan menerima ketentuan Allah ini dengan hati terbuka.

“Menangis saya kalau nak cerita. Setiap kali buat panggilan video saya sebak tengok wajah mereka. Saya rindu sangat, tapi saya harus reda.

“Anak-anak juga seolah-olah faham keadaan saya, malah mendoakan keselamatan dan kesihatan saya di sini,” luahnya sebak.

Tambah Vicha lagi, ada hikmah disebalik setiap yang berlaku kerana sepanjang berada di Malaysia dan tidak boleh pulang kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dia memberi tumpuan kepada perniagaan Bakso Beranak KL.

 

“Alhamdulillah, rezeki PKP. Perniagaan bakso saya berjalan seperti biasa. Malah, bila duduk di rumah timbul macam-macam idea untuk tambah menu.

“Lagi pula sekarang sudah dibenarkan membuka premis perniagaan. Jadi Bakso Beranak KL di Lepaking, Gombak dan Enjoy’s Corner, Melawati sudah beroperasi seperti biasa, mengikut SOP.

“Terima kasih kepada yang sentiasa menyokong saya. Ada juga duit raya untuk anak-anak nanti, biar tak banyak, asalkan ada.

“Saya nak balik kampung jumpa mereka selepas semua ini (PKP) berakhir,” katanya positif.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber:Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*