Hanya kerana tidak pandai memasak, seorang isteri di Jawa Barat, Indonesia dik4sari dan dikvrung suaminya di dalam rumah mereka, sejak empat tahun lalu.
Memetik portal Kompas, episod m4lang remaja berusia 17 tahun itu bermula sejak usianya 13 tahun selepas bernikah dengan lelaki berkenaan.
Lelaki itu turut mer4hsiakan perkahwinan mereka daripada jiran yang tidak menyedari kewujudan remaja itu di rumah sewa pasangan berkenaan di Desa Kapasiran.
Ketika lelaki itu keluar bekerja, lelaki itu akan mengvrung isterinya di dalam bilik utama yang mempunyai tandas tetapi tidak diberi makanan.
Remaja itu juga dikatakan kerap dik4sari suaminya dengan alasan remeh antaranya tidak pandai memasak.
Pend3ritaan remaja itu berakhir Sabtu lalu selepas dia berjaya melaarikan diri ketika suaminya keluar rumah lalu meminta bantuan penduduk setempat.
Ketua Griya Parungpanjang Desa Kapasiran, Saban berkata, ketika ditemui, wanita itu tidak terurus, pucat, berbau dan badannya turut c3dera.
“Bau (badannya) busuk sampaikan penduduk hendak muntah dan matanya lebaam bekas pukvlan serta badannya kurus dan pucat.
“Saya tidak pernah tahu kewujudan wanita di dalam rumah sewa lelaki itu kerana dia memberitahu belum berkahwin.
“Lelaki itu melaarikan diri selepas rahsianya terbongkar. Kami tidak sangka kerana lelaki itu seorang yang baik dan rajin bekerja,” katanya.
Ketua Polis Parung Panjang, Nundun Radiaman mengesahkan penhanan lelaki terbabit selepas menerima laporan daripada keluarga remaja itu di Rangkasbitung, Banten.
Sumber:HM
Leave a Reply