TERKINI: Solat terawih 10rakaat di Masjidil Haram untuk pegawai dan petugas masjid sahaja

Disebabkan wabak C0VID-19 yang masih membelenggu dunia,banyak negara yang terjejas segala aktiviti hariannya termasuklah Arab Saudi dan negeri Haramain.

Masjidilharam dan Masjid Nabawi misalnya,sudah sebulan  sunyi daripada kehadiran para jemaah dari seluruh dunia.

Pengerusi bagi Pentadbiran Masjidilharam & Masjid Nabawi , Dr. Abdul Rahman bin Abdul Aziz as-Sudais telah mengumumkan beberapa keputusan dalam menghadapinya situasi ini;

1. Solat tarawih akan dilaksanakan dalam keadaan tertutup. Hanya pegawai dan petugas masjid sahaja dibenarkan masuk.

2. Solat tarawih akan ditunaikan sebanyak 10 rakaat sahaja bersama witir 3 rakaat.

3. Bacaan doa qunut akan diringkaskan ketika solat witir sekaligus memohon agar diangkat ancaman wabak ini.

4. Tiada aktiviti iktikaf bagi tahun ini.

5. Aktiviti berbuka puasa akan ditangguhkan sepenuhnya.

6. Ibadat umrah pada bulan Ramadan ditangguhkan sepenuhnya.

7. Para imam akan khatamkan 30 juzuk al-Quran pada 29 Ramadan yang akan dibacakan ketika solat tarawih dan tahajud.

8. Pegawai dan petugas masjid yang hadir akan disaring terlebih dahulu tahap kesihatan mereka. Termasuklah waris bagi j3nazah yang meningg4l dunia.

 

Semua arahan ini berkuatkuasa di Masjidilharam dan Masjid Nabawi. Dan sudah semestinya keputusan yang berat ini diambil bagi menjaga kesihatan dan keselamatan seluruh penduduk.

Sedihkan? Sesuatu yang tidak pernah kita jangka akan berlaku. Ramadan di Bumi Haramain yang penuh kesunyian. Pintu masjid ditutup. Tiada lagi jemaah yang memenuhi ruang. Tiada lagi aktiviti berbuka puasa yang meriah walau hanya dengan sebiji kurma.

Moga kita semua dapat melalui Ramadan kali ini dengan penuh penghayatan. Gunakanlah tiap peluang yang ada untuk sama-sama mendoakan kesembuhan buat dunia.

Kredit; Najmi Farisham

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber: Islamikmedia

 

r

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*