ALIRAN trafik sesak dan bergerak sangat perlahan menuju bandaraya Kuala Lumpur apabila terlalu ramai memandu kenderaan dari Rawang.
Tinjauan mendapati kesesakan trafik lebih lima kilometer dari bandar Rawang menuju ibu kota.
Kesesakan bertambah teruk apabila pemandu perlu melepasi sekatan jalan raya di Batu 16 dekat Rawang bagi pemeriksaan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Penduduk, Hazali Bakar, 45, berkata,
aliran trafik sebelum ini lebih baik dan terkawal.
Menurut Hazali, ramai pengguna memilih ke Selayang dan Kuala Lumpur untuk membeli keperluan harian menyambut awal Ramadan.

“Saya hairan melihat keadaan ini. Penduduk lebih suka keluar ke tempat lebih jauh untuk membeli keperluan harian. Mereka sepatutnya berada di rumah membantu bersama mencegah penularan wabak C0vid-19 ketika ini.
“Rumah saya berdekatan jalan utama di sini. Sejak awal pagi bermula 7 pagi kelihatan banyak kenderaan sesak melepasi pemeriksaan polis di sini,” katanya.
Penjual buah-buahan tempatan di Rawang, Muhamad Izzat Samsudin, 34, berkata, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang sengaja melanggar arahan PKP ini.
Katanya, kesesakan jalan raya utama membuktikan masih ramai penduduk yang seakan-akan mahu ‘berpesta’ menyambut Ramadan.
“Sepatutnya penduduk membeli keperluan harian di Rawang dan Hulu Selangor bukannya ibu negara setiap hari. Mereka perlu hormat dan mematuhi arahan yang diberikan itu,” katanya.
Sumber:HM
Leave a Reply