Niat hasilkan dana untuk PPE disalahertikan, Jovian Mandagie kecewa DIFITNAH!

Pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie menerusi  entri terbaru di laman Instagramnya meluahkan rasa kecewa apabila niatnya membantu menyediakan dana bagi Pakaian Perlindungan Diri (PPE) didakwa untuk meraih keuntungan.

Jelas Jovian,dia didakwa menjual dengan mengambil upah dan keuntungan melalui dana sumbangan yang ditubuhkan olehnya untuk menyediakan PPE bagi kegunaan frontliner hospital.

Sehubungan dengan itu, Jovian bertegas akan memulangkan kembali wang sumbangan yang diterima andai ada pihak yang tidak yakin dengan kerja amal yang dilakukan.

 

OK guys, niat NAK TOLONG. TAPI KENA FITNAH PULAK. I want to help people, but if you have doubt in me. I rest my case. I will shut down the page for fundraising and refund back ALL the money collected immediately once the money cleared tomorrow.

“As of now, as you can see, it is still floating due to the processing of settlement. What will happen next? I will then immediately text all the hospitals that I have promised to donate that we will not be able to supply their PPEs.

“Why? Because the project need to be called off pasal kena fitnah!!. BUT, if you trust me I will assure you that you will see the 10,000 PPE suits delivered to these hospitals within the next 30days. InsyAllah,” luahnya.

Entri ini kemudiannya mendapat respon dari para pengikut beliau dengan menasihatkan agar Jovian tetap meneruskan dana tersebut.

 

Terdahulu, Jovian antara designer terawal yang tampil menghulurkan bantuan bagi menyediakan PPE untuk keperluan hospital yang mengalami kekurangan alat perlindungan diri itu.

Foto : Instagram Jovian Mandagie

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber:MH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*