Tindakan penyanyi bekas juara AF8, Shahir Zawawi meluahkan perasaan menerusi video di laman sosial berkaitan layanan di sebuah hospital di percayai di Shah Alam akhirnya memakan diri apabila mendapat kecaman netizen.
Pada hari kejadian, Shahir telah pergi ke wad kecemasan di hospital itu pada pukul 2 pagi setelah mengalami demam panas selama tiga hari.
Menurut Shahir, dia terpaksa melalui dua sekatan jalanraya semata-mata ingin mendapatkan rawatan di hospital tersebut.
Walaubagaimanapun dia diarahkan balik dan diarahkan untuk pergi ke klinik kesihatan pada keesokan harinya.
Dakwa Shahir lagi, dirinya benar-benar sakit dan kerana itulah dia sanggup untuk pergi ke hospital seorang diri dan hampir kemalangan dalam perjalanan menuju ke hospital.
“Kalau demam… itukan simptom Covid-19, saya duduk sendirian kalau apa-apa jadi saya tak sedarkan diri siapa yang tolong?” katanya.
Sungguhpun begitu, bagi netizen, tindakan Shahir memuat naik video ketidakpuashatian itu adalah satu kesalahan kerana dia membuat rakaman di tempat yang tidak dibenarkan iaitu di hospital.
Malah, aduannya terhadap hospital berkenaan dikatakan tidak mengikut prosedur yang sepatutnya.
Antara lain komen :
“Penyalahgunaan jabatan kecemasan lagi sampai nak rekod video. Demam biasa banyak klinik berdekatan boleh pergi.
“Kalau dah tiga hari demam kenapa datang hospital pagi-pagi buta? Kata sakit, tapi masih boleh jalan dan dan bercakap!
“Anda sebagai public figure haruslah menunjukkan contoh yang baik,” komen netizen di Twitter.

Sementara itu, Shahir berkata perkongsiannya ini bukan berniat untuk memburukkan mana-mana pihak.
Dia juga meminta maaf kepada semua pihak yang tersinggung dengan apa yang dilakukannya itu.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress
Sumber: Sumber
Leave a Reply