Penjelasan Ajay Devgan mengenai Kajol dan anak perempuannya positif Covid19

Pelakon popular Kajol dan anak perempuannya, Nysa disahkan positif COVID-19 selepas pulang dari Singapura apabila kerajaan India mengumumkan lockdown selama 21 hari di negara pengeluar filem terbanyak itu bermula 28 Mac lalu.

Namun, aktor Ajay Devgan, yang juga suami kepada Kajol tampil menjelaskan situasi sebenar keluarganya kini melalui akaun Twitter rasminya baru-baru ini.

Kata Ajay,itu cuma sekadar khabar angin.

“Terima kasih kerana bertanya. Kajol dan Nysa sihat-sihat saja.

“Khabar angin yang disebarkan tentang kesihatan mereka itu tidak tepat dan tak munasabah,” kata Ajay.

Tambah Ajay lagi,mereka  sekeluarga mempraktikkan penjarakan sosial di kediaman mereka sejak pandemik COVID-19 mulai menular seluruh dunia.

Sebelum menjalani perintah tersebut, Kajol baru sahaja selesai penggambaran filem VIP2 manakala Ajay sedang menjalani penggambaran filem pertamanya berbahasa Telugu-Tamil-Hindi berjudul RRR.

Sumber:Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*