“Saya nak berdakwah macam Ustaz”- Wanita OKU sebak terima kunjungan dari Ustaz Ebit Lew

Kisah mengenai seorang wanita OKU yang dipakaikan penutup mulut dan hidung oleh seorang anggota tentera mengundang sebak wargnet termasuklah Ustaz Ebit Lew yang membuatkan figura itu ingin bertemu dengan wanita  tersebut.

Ternyata niat itu membuahkan hasil; dengan bantuan orang ramai, Ustaz Ebit Lew mengunjungi  ke rumah wanita itu di Kuala Lumpur, pagi hari ini.

Wanita itu atau nama sebenarnya Noraini Wong  menangis saat kali pertama berpeluang bertemu penceramah terkenal tersebut.

“GEMBIRANYA saya, doa ini ajaib (tak sangka) dapat jumpa ustaz.

“Saya selalu doa menangis nak jumpa ustaz, saya tak pandai (banyak perkara mengenai) Islam… (tapi) nak berdakwah macam ustaz,” ujarnya.

Menurut Noraini, dia menetap seorang diri di Kampung Laksamana Batu Caves, Selangor, selepas dia memeluk Islam sejak berusia 20 tahun.

“Saya tak pandai mengaji, kadang Tahajud pun susah nak bangun berwuduk.

“Saya rindu mak dan mahu jumpa dia sebab sudah 14 tahun tak jumpa tapi saya takut,” katanya lagi.

Rumah yang didiami itu dibeli dengan hasil titik peluhnya menjaja kekacang di tepi jalan dengan menggunakan kerusi roda elektrik.

Sementara itu,Ustaz Ebit pula berkata“Saya menangis tengok video tentera pakaikan mask (penutup mulut dan hidung) untuk mak cik ini semalam, terus pagi-pagi lagi saya cari
rumahnya.

“Tengok ada anak muda yang baik hati nak pergi rumah tengok mak cik ini tetapi dia tak nak buka pintu.

“Bila saya sampai dan mula buka mask, dia menangis sambil kata ustaz Cina penceramah TV, Ebit Lew.

“Terus saya sebak bila dia kata selalu doa hendak jumpa saya dan berdakwah macam saya,” katanya.

Ujar Ustaz Ebit dia  akan berusaha membantu menunaikan impian wanita itu untuk bertemu ahli keluarganya yang terpisah dan menetap di Singapura.

“Berulang kali dia cakap gembira jumpa saya, impiannya yang sangat besar mahu jumpa ibunya yang sudah 14 tahun tak jumpa.

“Saya sudah ambil nombor telefon adiknya di Singapura untuk berhubung dengan ibunya. Insya-Allah saya akan bawa dia ziarah ibunya nanti. Mohon doa semua,” katanya.

Semalam, rakaman video Noraini yang disantuni seorang anggota tentera membantunya memakaikan penutup mulut dan hidung serta sarung tangan tular di media sosial.

Perkongsian terbabit yang meraih lebih 200,000 kali tontonan serta lebih 26,000 tanda suka mengundang sebak warganet yang menzahirkan penghargaan kepada tindakan murni anggota berkenaan.

 

 

 

 

Sumber:HM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*