Merungut isteri tak pandai jaga rumah, uruskan anak-anak.. inilah dia contoh suami selfish!

Dalam tempoh kuarantin di rumah ni, cuba kita perhatikan..berapa ramai suami di rumah tu, yang bangun awal,yang ringan tangan bantu isteri buat kerja rumah. Ingat ye Cik Abang, PKP bukan tempoh bercuti.

Sudahlah bangun pun lambat.bila  dah bangun tu, asyik nak mengarah itu ini, bising rumah tak berkemas, anak-anak memekak. Macam nak menyalahkan isteri tak reti urus keluarga. Bukankah kehidupan dalam perkahwinan itu seharusnya dijalani bersama-sama?

Faham tak,isteri ni sebenarnya  penat, in facts terlalu penat! Sebab tu dia asyik membebel, duduk rumah pun bukan dia berehat, masih bekerja urus rumah tangga, siapkan makan minum, mengemas. Sekarang ni, jadi ‘cikgu segera’ pulak sebab anak-anak semua belajar online. Buat kerja sekolah pun online!

Jadi para suami, buka mata tu luas sikit ye. Ambil iktibar dari perkongsian Ustaz Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew @ Lew Yun Pau ini.

“Seorang suami jumpa saya dan tengah teramat marahkan isterinya kerana anak kecil baru 2 orang tapi rumah dah tak terurus dan diri sendiri… Bersepah, rumah dan diri isteri serta anak-anak dah tak terurus. Beliau pantang tengok benda macam tu katanya. Dia dah nekad takkan balik selagi isterinya tak berubah.

Saya kata padanya, saya lihat seorang ibu di hospital buat fisi0terapi kerana tangan dan bahunya s4kit dan ada masalah kerana lama dukung anak. Terkesan dan termenung berfikir pengorbanan seorang wanita dan ibu. Ya Allah.

Cuba saudaraku yang kukasihi ingat saat isteri kita melahirkan anak yang kita hampir separuh nyawa mereka melayang. Sakit, perit, kesusahan mereka… Selepas itu kena terus menyusukan anak.

Dukung anak sedangkan diri sendiri baru melepasi kes4kitan paling dahsyat dalam dunia. Dulu 9 bulan bawa anak ke sana sini. Tidur, makan, semuanya tidak sempurna. Nak bangun, duduk, pusing. Kepala, pinggang, kaki, tangan, semuanya sakit…

Anak keluar kena menyusukan anak 2 tahun. Anak bangun 2 jam sekali. Paling kurang ambil masa 30 minit. Anak menyusu dan menyakitkan.. itulah seorang ibu. Penat dan kesabaran teramat tetapi ikhlas kerana Allah dan suamilah kekuatannya.

Kerana itu ringankanlah tugas isteri dan ibu anak-anak kita… menangis lihat ibu tersengguk menyusukan anak kerana kepenatan. Masa bila mereka tidur. Masa bila mereka berehat. Saya terus terang katakan saya memang tiada kesabaran dan ketabahan seperti itu. Itulah sifat mulia wanita yang Allah hadiahkan.

Kerana itu kita suami wajib memudahkan segala urusan mereka dengan bersama-sama membantu. Ini rumah dan keluarga kita. Bersama-sama membantu. Itulah Islam.

Menguruskan rumahtangga dan ada yang bekerja. Allah. Sayangilah mereka. Semakin kita disayangi Allah. Jika mereka jaga solat awal waktu, jaga aurat dan kita redha dengan mereka syurgalah tempat mereka.

Hidup ini bukan apa kita suka atau tidak. Tapi apa yang Allah mahu dari kita. Bertolak ansur. Hargai isteri. Bangunkan mereka dengan agama. Takpelah kurang sikit bab lain tapi biar mereka masuk syurga. Itulah kasih yang sejati. Cinta sebenarnya.

Saya cakap ini kerana saya ingat ibu saya. Saya ingat isteri saya. Saya ingat Rasulullah saw amat mengasihi isteri dan keluarganya.

Abang tadi menangis. Katanya saya rasa macam tersedar. Saya stress agaknya. Betul tu ustaz.

Tahniah semua lelaki yang sedang mengasihi isteri. Menghormati mereka. Membantu mereka dan memimpin tangan mereka ke syurga. Ingatlah ketika itu kita sedang mengikuti jejak langkah Rasulullah saw.

Tahniah buat wanita yang berkorban dengan rasa cinta kerana Allah.”

Sumber: Facebook Ebit Lew

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*