Kisah seorang wanita tua berusia 57 tahun yang menjana pendapatan dengan menyarungkan kostum Hello Kitty di sekitar Pantai Teluk Cempedak, Kuantan menarik perhatian wargamaya.
Apa tidaknya, mencari rezeki dengan cara terbabit, mata pencarian wanita bernama Siti Endon Ismail ini kini terjejas kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula sejak 18 Mac lalu.
Seorang pengguna Twitter bernama Saranikka bercerita mengenai kisah mak cik Endon di laman sosial nya. Ini cerita Doraemon yg lagi penting! Kalau ada lebih, please tolong makcik ni💔💔. She is 57 & wears Hello Kitty/Doraemon costume to entertain children for money. Sebab C0vid19, takde income. She’s alone & lives with cats. RT pls!, tulis Saranikka.

Sebenarnya kisah Makcik Endon pernah tular pada tahun lalu kerana kesanggupan beliau memakai kostum Hello Kitty dan juga beberapa karektor lain dari pagi sehingga ke lewat malam di sekitar Pantai Teluk Cempedak demi mencari rezeki.
Pada usia emasnya, cabaran itu sudah dianggap berat kerana dia terpaksa menahan kepanasan berjam-jam di dalam kostum itu.
‘Gaji’ yang diterima pula adalah sekitar RM30 sehari. Jumlah itu menurutnya sudah memadai untuk dirinya dan juga untuk kucing-kucing peliharaannya.
Disamping itu, wanita warga emas ini juga memaklumkan yang dia ada mendapat bantuan dari Majlis Agama dan Istiadat Melayu Pahang sebanyak RM300 sebulan tetapi wang itu diperuntukkan untuk membayar sewa rumah.

Difahamkan Makcik Endon pernah berkahwin dengan seorang lelaki Mat Salleh dan anak-anaknya mengikut suaminya ke Scotland selepas mereka berpisah 21 tahun yang lalu .
Semoga wabak c0vid19 ini segera berakhir dan Makcik Endon dapat kembali mencari rezekinya di Teluk Cempedak.
Sumber / Foto: NST, Astro Awani
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress
Sumber: Sumber
Leave a Reply