Dah Lama Tak Berdiri” – Video Edika Yusof Bawa Isteri Fisi0terapi Sentuh Hati Netizen

Pelakon Edika Yusof dua hari lalu telah memuat naik posting isterinya sedang menjani fisi9terapi di laman sosial Instagram (IG).

Pada ruangan kapsyen, Edika memberitahu isterinya sudah  14 tahun tidak berdiri dan sedang menjalani latihan fisi0 yang dipanggil  ‘Tilt Table’.

Menerusi video yang dimuat naik tersebut isteri Edika, Nor Hidayah Yusri turut kelihatan ceria dan positif.

Sementara di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak melihat semangat ditunjukkan Nor Hidayah dan memuji Edika kerana sentiasa disisi isterinya dalam apa jua keadaan.

Mereka turut mendoakan agar Edika terus memberi semangat kepada isterinya supaya dapat menjalani kehidupan normal seperti orang lain selepas ini.

Edika turut membal4s komen yang ditinggalkan pengikut pada posting tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada yang telah mendoakan dan memberi kata-kata positif.

Pelakon popular era 90an itu menjaga isterinya yang menghid4p meningitis sehingga lump0h ini sejak 14 tahun lalu.

Nor Hidayah lump0h selepas melahirkan anak kedua mereka.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DBongkar

Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*