Kalau Permainkan Agama Dah Terima Bala Di Tanah Suci.

Terus hangat diperkatakan mengenai kontroversi usahawan kosmetik Nur Sajat yang kini sedang menunaikan ibadah umrah bersama keluarga dan rakan-rakannya, akaun Instagram Sajat turut dihujani dengan komen kecaman daripada netizen.

Rata-rata netizen mengecam tindakannya yang sungguh berani mempermainkan agama. Kata netizen lagi, tindakannya itu bukanlah perkara yang boleh dibuat main apatah lagi berpakaian wanita dan solat di tempat jemaah wanita.

Tidak hanya berdiam diri, Sajat menyelar netizen yang mendakwanya mempermainkan agama dengan membalas jika dia berbuat demikian sudah pasti Allah akan memberi bala kepadanya di sana.

Terdahulu, tular sekeping gambar di media sosial Sajat bersama dua lagi rakannya ketika di lapangan terbang memakai jubah lelaki sedangkan sebelum ini Sajat ada memuat naik fotonya bertelekung sekaligus menjawab persoalan netizen.

Ini Kebenaran Ditampilkan Oleh Ahli Keluarga Sajat Berkenaan Keluarga Sajat Ke Tanah Suci.

Isu Sajat menunaikan umrah bersama ibu bapa dan beberapa orang rakan baiknya, sedang menjadi perbualan hangat ketika ini. Tidak salah untuk melaksana ibadah tersebut, namun yang menjadi pertikaian ramai ialah Sajat dan rakan-rakan, berpenampilan seperti jemaah wanita ketika mengerjakan umrah, dan bukannya memakai ihram seperti jemaah lelaki lain.

Bukan sahaja mencetuskan kemarahan dalam kalangan orang islam, tetapi agensi-agensi yang terlibat membawa mereka menunaikan ibadah turut terkena tempiasnya.

Kau menyokong benda yang salah

Terkini, turut mendapat perhatian luahan salah seorang ahli keluarga terdekat Sajat, yang merayu agar satu keluarga ini kembali ke pangkal jalan. Sememangnya tak dapat dinafikan, perbuatan ini agak keterlaluan dan semestinya salah di sisi agama islam.

Sebaliknya berlaku bila sampai di sana

Pihak travel agensi yang menguruskan perjalanan Umrah usahawan tersebut tampil untuk menjawab persoalan yang bermain di kalangan netizen.

Makcik & pakcik tolonglah…

Bukan sahaja Sajat dan rakan-rakan karibnya yang mendapat perhatian, ibu bapa Sajat yang mengerjakan umrah bersama-sama dengan mereka turut menjadi bualan hangat orang ramai.

Sekejap je Allah nak tunjuk!

“Mak bapak dia sendiri sokong maksiat…”

Semoga diberi hidayah…

Kejadian seperti ini seharusnya tidak perlu berlaku. Lebih-lebih lagi, ketika berada di Tanah Suci. Bukankah ini adalah satu perkara yang boleh menjejaskan nama buruk agama islam itu sendiri?

Ramai yang berdoa agar mereka-mereka ini diberikan peluang dan terbuka pintu hati untuk berada dijalan yang benar.

Sumber: Facebook

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*