Baru-baru ini, artis versatil Janna Nick telah memuatnaiknaik satu rakaman video di laman Instagram miliknya.
Video nyanyiannya itu telah mendapat perhatian peminat dan telah meraih hampir 500 ribu tanda suka serta ribuan komen.
Menerusi video yang dikongsi, Janna dilihat sedang melakukan sound check untuk persembahannya dan menyanyikan lagu terhangat sekarang, Dance Monkey.
Rata-rata peminat memuji persembahan dan suaranya yang mantap. Malah, peminat juga turut terpegun dengan bakat yang dimiliki oleh bintang drama Leftenan Zana itu.



Sumber: Instagram Janna Nick
Leave a Reply