“Akhirnya..”, Joe Flizzow Selamat Bertunang Dengan Marini Ramlan

Semalam, penyanyi rap Malaysia, Joe Flizzow telah selamat mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihannya, Marini Ramlan.

Difahamkan, Joe Flizzow telah pun merisik buah hatinya, Nini yang merupakan seorang pelukis professional beberapa bulan sebelum ini.

Berita gembira itu disampaikan oleh rakan media hLive menerusi laman Instagram.

“Alhamdulilah tahniah kepada @flizzow dan pasangannya, Nini untuk pertunangan mereka. Kami di @officialhlive doakan yang terbaik dan semoga semuanya di permudahkan 🤲🏻💘 Sumber photo : @misdeeds_“.

 

Difahamkan juga, mereka bakal mendirikan rumah tangga pada awal tahun depan.

Selain itu, para peminat telah mengucapkan ucapan tahniah buat penyanyi kesayangan mereka.

Sumber: Instagram hLive

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*