Kisah pemuda-pemuda yang gigih mencari rezeki disaat orang lain bercuti di Cameron Highlands ini tular menerima pujian warganet apabila mereka berniaga air kepada pemandu yang terperangkap di dalam kesesakan.
Insentif diambil pemuda terbabit membuatkan ada yang dapat melegakan dahaga mereka sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi dan dapat dilihat jualan mereka ini tidak sekadar mendapat sambutan baik pembeli yang ingin berjalan di Cameron Highlands malah suasana perniagaan mereka itu turut viral mencuri tumpuan warganet di aplikasi TikTok.
Rata-ratanya bagaimanapun memuji kegigihan mereka dalam mencari rezeki dan memberikan lebih 100,000 tanda suka kepada pemuda-pemuda berkenaan dan menjengah ke ruangan komen pula, ribuan warganet meninggalkan reaksi positif terhadap mereka.



Namun begitu, perkongsian selepas hari pertama mendapat sambutan ketika berniaga air sekali gus viral, hari kedua mereka dilihat tidak seindah sebelum itu.
Ini kerana, ujar pemuda-pemuda tersebut yang masih kekal positif memberitahu jualan mereka diuji apabila perniagaan mereka ini dilaporkan menyebabkan mereka tidak dapat meneruskan jualan lagi.
Perkongsian pemuda tersebut bagaimanapun menerima pelbagai respon daripada ramai yang berharap pemuda-pemuda tersebut terus berusaha.


Sumbermiee.ee_
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress
Sumber: Sumber
Leave a Reply