Ramai yang tak sabar-sabar menantikan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza membuat kemunculan sebagai hos jemputan bagi program MeleT0P yang bersiaran menerusi saluran Astr0 Ria. Sejak berita itu diumumkan menerusi instagram rasmi MeleT0P
rata-rata netizen kelihatan begitu teruja untuk menyaksikan Tokti mengacarakan program tersebut. Selalunya nampak Tokti menghiburkan penonton sebagai seorang penyanyi, kali ni dia tampil sebagai hos pula. Eii tak sabarnya.
Kalau ada yang masih ingat, Tokti pernah mengacarakan sebuah rancangan berbentuk permainan iaitu ‘Siti Ooo… Som” sekitar tahun 2012. Lama jugak Tokti mngalkan dunia pengacaraan ni. Bila kena mengacara semula ni, agak-agak kekok tak?

Bekas pengacara MeleT0P, Neelofa pun turut berikan emoji berbentuk thumbs up di ruangan komen tanda support.
Ketika program ini berlangsung, Tokti menerima banyak kata-kata pujian daripada netizen terutamanya di twitter. ”MeleT0P minggu ni best sebab Tokti.” – Netizen.


Bukan tu je, netizen turut terhibur melihat gelagat Nabil tak tak habis-habis menyakat Tokti. Siapa je yang tak kenal Nabil kan, memang kaki menyak4t orang. Tapi sikap itulah yang mencuit hati netizen sebenarnya.

Eh bukan Nabil je kelakar. Tokti pun kelakar jugak rupanya. Haihh manalah netizen tak sayang.
TokTi pun kelakar rupanyaaa! 🤣 Comel jeeee! #AME2020 #YangEpikYangLegend #MeleTOP pic.twitter.com/Xa4rpEQYSO
— MeleTOP (@MyMeleTOP) February 4, 2020
Memang happening betul malam ni bila Tokti jadi hos jemputan di MeleT0P. Walaupun ada yang komen Tokti agak kaku ketika mengacara tadi, tapi keseluruhannya netizen terhibur dengan kemunculan Tokti malam ni. Mungkin sebab dah lama tak mengacara, mesti ada rasa kekok sikit. Tapi apa-apapun Tokti memang best malam ni sampaikan MeleT0P trending tau.
Sumber: Instagram ctdk, twitter dan instagram melet0p
Artikel ini disediakan oleh Informasi viral. Sebarang C0PY PASTE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Leave a Reply