Sebut sahaja nama Ustaz Ebit Lew, siapa sahaja yang tidak kenal dengan figura berpengaruh dan dihormati ramai ini. Seorang yang banyak menghulurkan bantuan kepada orang susah dan personalitinya merendah diri, lembut tutur kata dan lain-lain membuatkan Ustaz Ebit Lew menjadi idola ramai.
Baru-baru ini tular dengan kisah seorang pak cik yang dijumpai di Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Katanya pak cik ini datang ke Kuala Lumpur untuk mencari kerja. Malam tadi Ustaz Ebit Lew turun padang dan pergi mencari pak cik di Terminal Bersepadu Selatan ini.
View this post on Instagram
Misinya itu berjaya dan menurut Ustaz Ebit Lew, pak cik ini ada rumah di Kedah dan tinggal seorang diri di kampung. Umur 70 lebih dan Ustaz Ebit Lew sendiri sedih melihatkannya kerana macam ayah-ayah.
Dipendekkan cerita, Ustaz Ebit Lew menawarkan bantuan kewangan dan mahu pak cik ini pulang berehat di kampung. Selain dari itu, seorang pengguna TikTok sempat merakamkan siaran langsung Ustaz Ebit Lew cari dan bantu pak cik TBS ini dan memuat naik semula telah mencuri perhatian ramai.
Berikut adalah perkongsian individu tersebut yang ternyata membuatkan ramai tersentuh hati dengan rakaman itu:
Ini antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian Ustaz Ebit Lew cari dan bantu pak cik ini:
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress
Sumber: Sumber
Leave a Reply