“Anak Kedua Ni Rasa Nak Bersolek Je” – Tasha Shilla Makin Cantik, Naik Seri Ibu Mengandung

Pelakon Tasha Shilla akui pengalaman hamil anak kedua agak berbeza.

Menurut Tasha Shilla atau lebih mesra dengan panggilan Tasha, kehamilan kali ini membuatkan dirinya gemar bersolek.

Tasha berkongsi perkara itu menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya beserta foto terbaharu yang merakamkan wajah Tasha sedang tersenyum sambil memegang bahagian perutnya.

“Anak kedua ni terasa nak bersolek je. Terima kasih @bellahudd terubat rindu sentuhan #bellahuddsigniture #26weekspregnant,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TASHA SHILLA (@tashashilla)

Menerusi ruangan komen juga, Tasha berkongsi sebelum ini mengidam untuk berlakon.

“Hari itu mengidam berlakon, dapatlah shooting lima hari. Syukur Alhamdulillah,” coretnya.

Dalam pada itu, pengikut Instagramnya juga memuji Tasha kelihatan semakin cantik dan terserlah serinya ibu mengandung.

Terdahulu, Tasha dan suami, Muhammad Atiq Idris mendirikan rumah tangga pada 28 Februari 2020.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Raees Zander.

Komen netizen:

 

Sumber : Gempak via sinarviral.kini.blog

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*