Ayah Meningg4l Menjelang Majlis Kahwin, Gadis Sebak Didvga Pelbagai Ujian

Menuju hari bahagia, pasangan bakal pengantin sudah pastinya tidak akan lari daripada diuji dengan pelbagai ujian yang mendatang. Mahu tak mahu, pasangan ini perlu ‘kuat’ menempuhinya bersama sebelum disatukan sebagai suami isteri.

Bagaimanapun, lain pula yang terjadi kepada seorang gadis dikenali sebagai Nazirah Reduan diuji apabila bapa tersayang pergi buat selama-lamanya, dua bulan sebelum majlis perkahwinannya.

Menerusi video pendek dikongsi gadis cekal ini di laman TikTok, menceritakan dia dan keluarganya diuji selepas bapa tersayang meninggal dunia.

Bagaimanapun gadis ini seolah-olah ‘buntu’ sama ada mahu meneruskan majlis seperti mana yang telah dirancang atau pun sebaliknya berikutan ibunya berada dalam tempoh ‘iddah (‘iddah ialah tempoh menunggu yang wajib bagi isteri yang diceraikan atau kematian suami, dalam tempoh ‘iddah ini, bekas isteri diharamkan berkahwin dengan orang lain).

“Kalau nak teruskan kenduri nanti siapa ja yang nak jemput orang kampung, adik-beradik.”

Bukan itu sahaja, proses untuk akad nikah juga bertambah rumit berikutan dia perlu menukar wali berikutan bapanya yang sudah meningg4l dunia dan ibunya tidak dapat menemaninya semasa hari bahagianya.

“Kena tukar wali. Kalau boleh sayang (gadis cekal) nak la ada mama.  Nanti semua dekat majlis tu semua bergambar, mama ja tak ada.

Mama tak boleh teman dekat sebelah time nikah sebab dalam ‘iddah. Orang lain nak nikah ujian macam lain tapi Allah bagi ujian dekat kami cukup-cukup besar.”

 

Pautan Video :

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata ntizen turut seb4k dengan kisah yang dikongsi dan mereka pada masa yang sama sempat menitipkan kata-kata semangat buat gadis ini supaya terus cekal.

 

 

Sumber: Nazirah Reduan

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*