Kaum wanita yang suka memakai inai mestilah cukup faham kerisauan terbesar setiap kali memakai inai tentunya untuk mendapatkan inai yang mesra wuduk dan sah dibawa solat. Sekarang ini juga ada bermacam-macam jenama inai di pasaran yang boleh dipilih oleh pembeli.
Baru-baru ini pula, seorang wanita meluahkan rasa kesalnya apabila produk inai yang dibelinya ini dipercayai tidak mesra wuduk seperti yang didakwa. Perkongsiannya ini turut menarik perhatian ramai yang turut sama berasa risau menerima nasib sama seperti wanita ini.
Di dalam video yang dikongsikan ini, wanita itu menunjukkan keadaan jarinya yang sudah siap dipakaikan dengan inai. Dalam masa yang sama, dia dilihat cuba mengikis kuku jarinya itu seolah-olah sedang membersihkannya dari inai tersebut.
Menurut wanita itu, dia berasa kecewa apabila mendapat tahu inai yang dipakainya ini tidak mesra wuduk seperti yang didakwa oleh penjual. Wanita itu turut berkongsikan pendapat dari pendakwah terkenal, Ustazah A’sma Harun tentang inai yang sah dibawa solat.

Sekiranya kuku yang dipakai inai itu dikikis, kuku menjadi putih dan bukannya berwarna oren bermaksud inai tersebut tidak mesra wuduk. Menyebabkan wuduk seseorang tidak sah sekiranya mereka memakai inai tersebut.
Perkongsian ini turut menarik perhatian ramai di mana ramai yang bimbang terjebak mengggunakan jenama inai tersebut. Walaupun wanita itu tidak ada berkongsikan jenama produk itu, netizen turut menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati.


Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress
Sumber: Sumber
Leave a Reply