Sempena Hari Guru, Ibu Murid Hadiahkan Rotan Untuk Para Cikgu

Baru-baru ini berlangsungnya Hari Guru di mana ianya disambut untuk meraikan para guru yang telah berbakti pada negara. Selalunya kebanyakan murid akan menyediakan hadiah untuk para guru mereka semasa hari sambutan tersebut.

Hadiah istimewa yang diberikan oleh seorang pelajar ini mencuri tumpuan ramai apabila ibunya menyediakan beberapa rotan kayu untuk dihadiahkan pada para gurunya. Ianya sangat rare dan unik membuatkan ramai berasa tertarik dengan hadiah yang disediakan itu.

Pautan Video : 

Menerusi video yang dikongsikan ini, pemilik video berkongsikan hadiah hari guru yang disediakan untuk cikgu-cikgu kepada anaknya ini. Menurut wanita itu, anaknya itu tidak tahu mengenai kejutan tersebut di mana dia menyediakan beberapa rotan kayu yang dihias cantik sebagai hadiah hari guru.

Dia kemudiannya tiba di sekolah anaknya dan menyerahkan jambangan rotan kayu itu kepada murid tersebut. Turut kelihatan, beberapa rotan kayu yang siap dihias dengan reben dan kelihatan begitu cantik sekali untuk diberikan sebagai hadiah.

Kalau masa dahulu, cikgu dan rotan pastinya tidak dapat dipisahkan dan pasti akan dibawa semasa mengajar. Walaupun zaman kini sudah berubah, pemberian rotan tersebut tentunya berjaya membuatkan para guru berasa gembira melihatnya.

Meninjau di ruangan komen pula, kebanyakan netizen turut memuji idea kreatif yang dikongsikan ini. Malah ada yang berseloroh ingin memberikan hadiah yang sama kepada cikgu yang mengajar anak mereka.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*