“Kahwin Jela Dato, Halal Nak Pegang Mana Pon” – Ini Respon Fadzil Zahari Apabila Tengok DSV Dan Lucinta Luna Bersentuhan Di Pavilion

Baru-baru ini perkongsian jutawan kosmetik Datuk Seri Vida menjadi perhatian ramai apabila memuat naik video bersama Lucinta Luna di sekitar Pavilion.

Menerusi video itu, Vida bersama Lucinta dilihat bergelak ketawa di sekitar Pavilion dan berbaring di atas jalan  tanpa menghiraukan orang yang disekeliling.

Video tersebut telah mendapat perhatian dari netizen dan rata-ratanya meluahkan rasa bimbang dengan Vida yang semakin kebudak-budakkan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato Seri Vida (@datoserivida)

Sementara itu, di ruangan komen Instagram Vida, rata-rata netizen menegur dan mengecam tindakan usahawan itu seolah memalukan diri sendiri dan tindakannya yang bersentuhan dengan Lucinta yang seperti diketahui umum seorang lelaki.

Bukan setakat netizen, malah Fadzil Zahari yang merupakan pelakon juga turut memberikan komen terhadap tindakan yang dilakukan oleh Vida.

Menerusi satu komen, Fadzil memberi nasihat kepada Vida supaya berkahwin dengan Lucinta kerana dengan adanya ikatan perkahwinan, Vida boleh memegang Lucinta dimana sahaja.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber: Murai

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*