Ahmad Idham lulus PhD. Kini bergelar Doktor Falsafah

Sekalung tahniah diucapkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Ahmad Idham setelah berjaya menamatkan pengajian pada peringkat PhD di Universiti Utara Malaysia yang melayakkan beliau bergelar Doktor Falsafah.

Dr Ahmad Idham berkongsi berita gembira tersebut dalam satu entri di Instagramnya dengan menyertakan surat rasmi daripada Universiti Utara Malaysia yang menandakan bahawa dia sudah berjaya menamatkan pengajiannya.

“Alhamdulillah. Tq @uumofficial dan semua yg bersama saya mengharungi cabaran pengalaman ini. Terima kasih juga pada Penyelia saya Prof. Dato’ Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak dan Penyelia 2 saya Prof Dr Rohana,” tulis Dr Ahmad Idham sebagai kapsyen pada entri di Instagramnya itu.

Idham yang membuat thesis dengan tajuk ‘Ekosistem dan Dasar Industri Perfileman Malaysia: Satu Kajian ke Atas Pengantarabangsaan Filem Melayu’ dan dianugerahkan dengan Doktor Falsafah di bidang Pengurusan.

Dr Ahmad Idham turut menerima ucapan tahniah daripada rakan-rakan artis serta pemain-pemain industri seni tanah air.

Ahmad Idham mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah St. John, Kuala Lumpur dan seterusnya melanjutkan pelajaran dalam bidang perakaunan di Universiti Teknologi MARA (Dahulunya dikenali sebagai Institut Teknologi MARA)

 

Tahniah Dr Ahmad Idham!

 

 

 

Sumber:Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*