Biodata 9 pelakon utama “7 Hari Mencintaiku 2”

Hampir seminggu berakhirnya drama ‘7 Hari Mencintaiku 2’, namun bahangnya masih belum reda.

Walaupun para pelakonnya bukanlah semua dalam kategori popular, tapi ternyata lakonan memberi kesan kerana mereka semua sememangnya berbakat.

Berikut ialah biodata pelakon-pelakon utama ‘7 Hari Mencintaiku 2’

Watak Khuzairi dilakonkan oleh Shukri Yahya atau nama sebenarnya Mohd Shukri bin Yahaya (lahir 13 Jun 1988) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia.

Beliau memulakan kerjaya lakonannya pada tahun 2011 setelah bakatnya dicungkil oleh pengarah Osman Ali menerusi filem Jiwa Taiko dan popular dengan beberapa drama bersiri tempatan antaranya Asam Pedas Untuk Dia (2015), 7 Hari Mencintaiku (2016), Andainya Takdir (2017), Andainya Takdir 2 (2018), Split TV Series (2018), 30 Pesanan Suara (2019), Kerana Dia Manusia Biasa (2019) dan 7 Hari Mencintaiku 2 (2020).

 

Siti Saleha binti Mohd Baharom (lahir 14 Mac 1990) membawakan  watak Mia Adriana, isteri kepada Khuzairi (Syukri Yahya).

Berketurunan Inggeris dan adik kepada vokalis kumpulan Bunkface, Sam Baharom, Siti Saleha memulakan  kerjayanya dalam dunia peragaan dan komersial sejak berusia 12 tahun, seterusnya mula menempa nama menerusi watak Nora Elena lakonan beliau bersama Aaron Aziz.

 

Watak Helmi, adik kepada Khuzairi dilakonkan oleh Syazwan bin Zulkifly (lahir 20 Mei 1987).

Beliau mula dikenali umum selepas menjayakan watak pe4salah juva4na bernama Apek dalam siri TV popular TV3, Juv4ana.

Drama ini turut dibintangi oleh Zahiril Adzim, Bront Palarae, Beto Kusyairy dan Johan As’ari.

 

Wan Sharmila binti Wan Muhamed ( lahir 12 Oktober 1981) ialah seorang pelakon dan pengacara Malaysia.

Dalam drama hit ini, Wan Sharmila berlakon sebagai Sofi, isteri kepada Helmi.

Wan Sharmila bergiat aktif dalam bidang lakonan bermula dari  tahun 2005.

 

Norliza Abdullah (lahir 6 Jun 1964) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia yang wajahnya tidak surut memenuhi kaca TV negara ini sejak era 80an.

Memasuki dunia seni sebagai penyanyi pada mulanya pada 1984 sebelum namanya menjulang sebagai pelakon sejak membintangi filem Ali S3etan bersama Azmil Mustapha dan Fauziah Ahmad Daud pada 1985.

Pada tahun 1998 beliau kembali merakamkan lagu menerusi album Samarinda yang berkonsepkan pop etnik.

Liza Abdullah berlakon sebagai Mak Leha, seorang ibu mertua antag0nis yang be3ncikan menantunya, Mia Adriana.

 

Watak Hayati..ibu kepada Mia Adriana didokong oleh Jasmin Hamid atau nama sebenarnya Jasmiah binti Abdul Hamid . Lahir pada 8 Disember 1972,

Jasmin Hamid merupakan pelakon wanita Malaysia yang mencipta nama pada era 1990an dan kini bergelar antara pelakon hebat yang masih aktif berlakon dalam banyak drama hingga beberapa kali dicalonkan untuk anugerah Aktres TV Terbaik.

 

Kazaruddin “Kazar” Saisi (lahir 1959) ialah seorang pelakon, pelawak dan penyanyi lelaki Malaysia, berasal dari Kampar, Perak.[1] Beliau terkenal menerusi lagu “Memburu Impian” yang menjadi lagu tema filem Gila-Gila Remaja, seterusnya membina nama sebagai pelakon.[2]

 

Mohamad Nabil Bin Azali (dilahirkan pada 11 November 1992) atau lebih dikenali sebagai Bil Azali ,bakatnya mula dikesan oleh pelakon, Datuk Rosyam Nor apabila beliau menjadi salah seorang daripada 16 finalis rancangan pencarian bakat baharu bidang lakonan, Pilih Kasih musim kedua.

Pada 2012, beliau berlakon di samping Remy Ishak dan Tiz Zaqyah dalam drama Cinta Jangan Pergi; beliau memegang watak Jaydee. Bil mempunyai peranan pembantu dalam drama Astana Cintaku Aleesa yang dibintangi oleh Emma Maembong dan Nazim Othman. Bil membuat penampilan filem pertama menerusi filem s3ram Apartment arahan Pierre Andre yang ditayangkan pada 2015.

Dia berlakon sebagai Zaidi, rakan baik kepada Khuzairi dalam drama popular ini.

 

Watak Nadia, adik bongsu Khuzairi dilakonkan oleh Siti Hajar “Jaja” Iliyes (lahir 3 Ogos 1995).

Berkelulusan Diploma Teater dan Animasi dari Universiti Teknologi Mara,jakfinalis Drama Festival Kuala Lumpur 2016 dan sejak itu, telah berlakon dalam beberapa drama dan telefilem.

 

Dayangku Faratiwan Adnil binti Awang Kusairi (lahir pada 19 Jun 1987) atau lebih dikenali sebagai Faye Kusairi  merupakan pelakon dari Miri, Sarawak.

Faye memulakan kerjaya lakonan beliau melalui filem Cinderella arahan Ahmad Idham yang dibintangi oleh Nelydia Senrose dan Fizo Omar pada tahun 2013 selepas Umie Aida meminta beliau menghadiri uji bakat yang diadakan oleh Idham bagi mencari barisan pelakon untuk filem tersebut. Faye mengenali Umie selepas berjumpa di sebuah gelanggang badminton di Kelab Ekuestrian Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Faye membawakan watak sebagai Syakila iaitu anak buah Mak Leha yang sentiasa mempunyai idea jah4at untuk memisahkan Khuzairi dan Mia.

 

Drama 7 Hari Mencintaiku 2 mencetvs fen0mena apabila meraih kira-kira 12 juta penonton sepanjang tempoh tayangan selama 33 episod.

 

 

 

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*