Gambar sekadar hiasan
Setelah tvlar mengenai seorang pelajar yang dijangkiti Covid19, hari ini KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan dua ujian pengesahan Covid-19 yang dilakukan terhadap pelajar sekolah di Seri Pantai tersebut adalah negatif.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, selain itu, 54 individu berkait kontak rapat kepada pelajar berkenaan juga adalah negatif virvus itu.
“Dua ujian pengesahan ini dilakukan dalam tempoh 24 jam.
“Tindakan proaktif saringan kontak rapat dijalankan untuk 54 individu membabitkan dua di sekolah menengah kebangsaan, empat ahli keluarga, lima rakan keluarga dan tiga anggota kesihatan.
“Kesemua ujian pengesahan Covid19 untuk 54 individu ini adalah negatif,” katanya dalam sidang media harian berkaitan Covid19 di Putrajaya, hari ini.
Sebelum ini tvlar mengenai seorang pelajar di sekolah Lembah Pantai yang dikatakan positif Covid-19 seperti tvlar di aplikasi WhatsApp sedang menunggu pengesahan ujiian makmal.
Pengesahan ujiian makmal diperlukan bagi memastikan tiada tindak balas silang semasa uj1an yang mungkin boleh berlaku memandangkan pelajar Tingkatan Lima itu disahkan dij4ngkiti demm denggi.
Sumber:HM
Leave a Reply