Dalam perkongsian Mia Ahmad di Instagram baru-baru ini, Mia ada berkongsi sekeping foto bersama anaknya beserta kapsyen yang menimbulkan tanda tanya di kalangan peminat.
Menurutnya, dia telah berhenti dari breastfeeding anaknya itu kerana bakal bergelar abang tidak lama lagi.
“Macam nampak besar lagi Issa dari mommy kat sini 😂 . Susu @rayyansusukambing_hq ada macam2 perisa untuk dicuba oleh bayi seawal 3bulan. Fav Issa mestilah yang coklat ☺️ .”
“Ni lah reason juga kenapa mommy stop bf, sbb Issa dah nak jadi abang. 😍 susu utk pregnant mommy pun ada tau!”, tulisnya.
Selain itu juga, Mia turut berkongsi sekeping foto bersama suaminya beserta kapsyen ‘babymooninbaliagain.’
Perkongsiannya itu menguatkan lagi tanggapan ramai bahawa Mia bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi. Apapun tahniah diucapkan!
Sumber: Instagram Mia Ahmad
Leave a Reply