Langgar PKP: Polis buka kertas siasatan terhadap Menteri Hal Ehwal Agama

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri didak wa telah mel4nggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), justeru itu satu kertas siasatan telah dibuka ke atas beliau.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan

“Kita telah membuka kertas siasatan polis untuk menjalankan siasata awal terhadap kes tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Ia susulan dak waan mengenai Zulkifli memuat naik berita mengenai kegiatannya di halaman Facebooknya pada 2 Mei.

Laporan polis tersebut dibuat oleh seorang lelaki berusia 43 tahun di balai polis Bandar Baru Bangi pada kira-kira pukul 6.10 petang 3 Mei.

Pengadu menyebut terdapat sejumlah aktiviti yang dijalankan oleh Zulkifli yang didak wa melanggar PKP.

Menteri berkenaan didakwa melakukan perkara tersebut dengan menghantar surat pertukaran kepada pegawai kanan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) secara peribadi pada 31 Mac dan mengambil gambar bersama pegawai tersebut.

Zulkifli juga didakwa telah bertemu dengan kenalannya, Datuk Dr Fathul Bari, dan beberapa individu lain dan mengadakan pertemuan di pejabatnya tanpa mengamalkan penjarakkan s0sial pada 13 April.

Laporan itu juga mendak wa pada hari berikutnya, menteri tersebut memanggil Dr Rozaimi Ramli, Dr Ahmad Kamil Jamilin dan Dr Fathul, serta beberapa individu lain untuk mengadakan pertemuan di pejabatnya.

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber:mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*