Toni m4ti rindukan Ashraf

Menerusi entri terbarunya di Instagram, penyanyi dan pelakon Bunga Citra Lestari (BCL) memaklumkan bahawa Toni, kucing kesayangan Allahy4rham suaminya, Ashraf Sinclair m4ti dipercayai kerana merindukan tuannya itu.

Menurut BCL, Toni tidak mahu makan,tidak aktif dan semakin lemah sejak suaminya meningg4l dunia pada 18 Februari lalu.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Cinta Sejati itu reda dengan kem4tian haiwan peliharaan mereka itu yang sudah membawa kebahagian dan menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka.

“Toni kesayangan, terima kasih kerana membawa kegembiraan di rumah kami selama ini. Kucing paling cerdik dalam rumah ini. Didukung daddy sambil melihat cicak selalu menjadi masa kegemaran awak.

“Saya tahu kamu sudah berjuang, dua bulan yang agak sukar untuk kamu. Tidak memahami apa yang terjadi. Ia sangat sukar untuk kamu makan dan kamu menjadi semakin lemah hari demi hari.

“Tapi kamu seorang pejuang. sehingga kamu tidak mampu lagi. Berehat dengan tenang Toni… Kami sayang kamu. Terima kasih menjadi sebahagian daripada hidup kami.
“Kamu akan dirindui. Sampaikan salam sayang kepada daddy di sana,” Tulis BCL yang turut memuat naik foto kucing kesayangannya itu di Instagram.


Rata-rata netizen turut meluahkan rasa sedih dan mendoakan agar BCL sekeluarga kuat serta tabah mengharungi dugaan yang mendatang pada tahun ini.

Allahy4rham Ashraf Sinclair menghembuskan nafas terakhir di di Rumah Sakit Metropolitan Medical Centre (MMC), di Kuningan, Jakarta pada 18 Februari lalu selepas mengalami ser4ngan jantung.

 

Ashraf dan BCL mendirikan rumah tangga pada 8 November 2008 di Masjid Al Bina Senayan, Jakarta dan pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki Noah Aidan Sinclair, 10.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber:mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*