Popia Ikan Bilis ini memang cukup mudah cara nak membuatnya, dan tidak memerlukan bahan yang banyak.
Yang tak ada kemahiran pun, bak kata orang, tutup mata pun boleh buat.
Bahan :
Kulit popia (keluarkan daripada peti ais dan terus potong segi empat)
Ikan bilis – dibasuh dan keringkan
Minyak untuk menggoreng
Tepung gandum / tepung serbaguna
Cara :
1. Bancuh tepung gandum dalam dua sudu. Bancuhan untuk lekatkan ikan bilis dan kulit popia.
2. Kulit popia yang telah dipotong itu disusun atas dulang. Celupkan belakang ikan bilis yang dibelah dua ke dalam bancuhan tepung dan tampak di kulit popia. Biarkan seketika agar kulit popia keras.
3. Bancuhan jangan terlalu tebal.
4. Panaskan minyak dan goreng.
5. Siap untuk dimakan.
6. Popia yang sudah siap boleh ditabur dengan powder cheese atau serbuk kari. Namun popia ini sedap dimakan begitu sahaja.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress
Sumber: Zuraini Abu Bakar
Leave a Reply