Menerusi posting terbarunya di laman Facebook, Ustaz Ebit Lew menzahirkan ucapan terima kasihnya kepada semua pihak yang selama ini telah banyak membantu Pak Aq, yang selama ini dikatakan dipinggirkan oleh pihak-pihak tersebut sehingga hidup dalam keadaan yang sangat daif bersama anak-anak dan cucunya.
Malah Ustaz Ebit juga turut meminta maaf dan memohon agar semua menghentikan sikap salah menyalahkan antara satu sama lain.
Catat Ustaz Ebit,
Terima kaseh Lembaga Zakat Negeri Kedah yang selama ini membantu keluarga ini dengan memberi bantuan. Terima kaseh JKM..Terima kasih jiran lama keluarga Pak Aq yang baik banyak membantu mereka. Mereka selalu membantu menghantar makanan dan lain-lain. Terima kaseh Pihak Masjid Kariah yang ambil berat hal mereka. Terima kaseh kerajaan negeri Kedah yang membantu mereka selama ini.
Saya minta maaf pada semua yer. Mereka semua dah bantu banyak sangat. Setitik sahaja usaha saya berbanding mereka semua. Saya urus cuma beberapa orang dah menangis penat. Mereka semua urus seluruh negeri dan setiap pelusuk negeri sepanjang hayat. Saya cuma sikit sangat. Saya pohon janganlah salahkan jiran, jkm atau pusat zakat atau mana-mana orang.

Saya salah saya minta maaf. Dari hujung rambut sampai hujung kaki pada JKM,LZNK, Kejiranan lama Pak Aq dan semua yer. Saya pohon ampun yer. Benar-benar minta ampun pada semua. Saya cuma ingin kasih sayang buat mereka. Saya cuma tak boleh tahan mereka duduk situ. Sedih sangat menangis jer. Saya sayang semua. Saya sayang anak-anak dan pakcik makcik tu mereka baik sangat dari mula sampai saya nak balik tadi. Sorrylah yer. Saya salah saya minta maaf. Saya tak buat apa pun. Terima kaseh semua yer. Semua orang baik. Saya salah saya minta maaf.
“Syukur tadi setelah lebih 15 tahun keluarga ini buat kali pertama dapat pindah dari pondok usang dan menyedihkan. Saya dapat beri hadiah kasih sayang saya buat keluarga ini. Dapat beri mereka rumah baru selesa takyah bayar. Saya insyaAllah bayar selagi hayat. Belikan peti ais, mesin basuh, rice cooker, cerek, dapur gas, kipas, tilam, baju raya, bantal, semualah peralatan rumah.

Hanya setitik usaha saya ini dibandingkan usaha mereka sepanjang tahun dan seluruh negeri kedah.15 tahun kasihan keluarga ini. Selepas ini saya serahkan pada pihak berwajib.
Ustaz Ebit juga merayu agar orang ramai tidak menghin4 keluarga Pak Aq dan menganggap ini adalah ujian buat semua.
“Kita sebuah keluarga Mereka pakcik tua makcik tua macam mak ayah kita. Anak mereka macam adik beradik dan anak kita. Kasihanilah mereka 15 tahun hidup begitu. Bantula mereka. Sayangi mereka.

Terima kaseh dengan bantuan kejiranan baru yang baik tadi. Mereka beramai bawa mesin rumput. Bawa katil. Kami bincang aturkan anak sekolah. Aturkan rawatan kesihatan pak ak dan isteri yang perlu rawatan mingguan. Ada guru mengaji. Kelas di surau selepas PKP”
Ucapan terima kasih juga beliau tujukan buat penduduk taman dan jiran baru Pak Aq yang sangat positif dan banyak membantu. Tambah pula apabila dibantu oleh anak-anak yang sama-sama bergotong royong.
Dalam pada itu,Ustaz Ebit juga menyatakan rindu kepada isteri dan anak-anaknya iaitu Safiyyah lew, Rayyan Lew, Qadeejah Lew, dan Uqashah Lew setelah lama berada di Kedah atas urusan bantuan kemasyarakatan yang dijalankan di sana.
Semoga kisah keprihatinan Ustaz Ebit menjadi ikutan kepada rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.
Kredit:FB ustaz Ebit
Leave a Reply