Beberapa hari yang lepas, pereka fesyen Rizman Nordin ada memaklumkan bahawa dia akan bertolak ke Tanah Suci bersama isteri untuk menunaikan umrah.
Malah, Rizman turut membuka ruang kepada orang ramai untuk mengirinkan doa.
“Assalamualaikum wbt, InshaAllah sy dan isteri akan berangkat untuk mengerjakan umrah hari ini, kami mohon ampun dan maaf jika ada kesalahan kami pada semua.”
“Doakan ibadah kami Di permudahkan disana InshaAllah. Jika ada doa yang nak dikirimkan, boleh nyatakan di comment. InshaAllah kami akan doakan nanti disana.”, tulisnya.
Setelah disana, Rizman ada berkongsi beberapa keping foto sepanjang berada di Tanah Suci itu buat tatapan ramai.
Terdahulu, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 13 September lalu di sebuah majlis gilang gemilang di ibu kota.
Sumber: Instagram Rizman Nordin
Leave a Reply