“Saya tak mahu menjadi f1tnah pada agama Islam..”, Adam Corrie perjelas isu gelaran ustaz pada dirinya..

Beberapa hari yang lalu, pelakon Adam Corrie ada berkongsi sekeping gambar dia sedang menjalani penggambaran di Instagramnya.

Menurut kapsyennya, dia ingin menjelaskan satu perkara yang mungkin menjadi kekeliruan buat sesetangah pihak.

Jelasnya, dia bukanlah seorang ustaz atau pernah menyertai mana-mana program agama seperti Da’i, Pencetus Ummah dan sebagainya sehingga orang ramai memanggilnya dengan gelaran ustaz dan bertanya tentang hukum hakam.

“Agaknya saya jarang upload gambar tgh shooting drama/filem .. sebab itu ramai yang DM saya panggil saya ustaz tanya hukum hakam agama.
.
Saya bukan ustaz… saya bukan PU… saya bukan Dai. Saya tak pernah sertai program tersebut. JadiSaya tak mahu title ustaz. Biarlah gelaran itu diberikan kepada yang betul-betul layak dan ada tauliah. Saya tiada tauliah agama. Tanya pada ahli yang betul.
.
Saya tak mahu menjadi f1tnah pada agama Islam. Kerana Saya hanya seorang pelakon biasa , seorang artis cina muslim sahaja😊. Apabila saya sharing tentang keindahan Islam ia masih belum layak di gelar ustaz. .
Baik bagi kita, tapi belum tentu baik untuk orang lain 🙏 .
#adamcorrie
.
P/s : gambar tgh shooting drama Gerak Khas”, jelasnya panjang lebar.

 

 

View this post on Instagram

 

Agaknya saya jarang upload gambar tgh shooting drama/filem .. sebab itu ramai yang DM saya panggil saya ustaz tanya hukum hakam agama. . Saya bukan ustaz… saya bukan PU… saya bukan Dai. Saya tak pernah sertai program tersebut. JadiSaya tak mahu title ustaz. Biarlah gelaran itu diberikan kepada yang betul-betul layak dan ada tauliah. Saya tiada tauliah agama. Tanya pada ahli yang betul. . Saya tak mahu menjadi fitnah pada agama Islam. Kerana Saya hanya seorang pelakon biasa , seorang artis cina muslim sahaja😊. Apabila saya sharing tentang keindahan Islam ia masih belum layak di gelar ustaz. . Baik bagi kita, tapi belum tentu baik untuk orang lain 🙏 . #adamcorrie . P/s : gambar tgh shooting drama Gerak Khas

A post shared by Adam Corrie (@adamcorrielee) on

Perkongsiannya itu telah mendapat reaksi dari orang ramai dan memberi pandangan masing-masing.

Sekadar perkongsian, Adam Corrie ialah seorang berbangsa Cina dan kemudian telah memeluk agama Islam pada 13 Julai 2007 dan berkahwin dengan isterinya, Fazema Mohd Fuad, pada tahun 2008.

Sumber: Instagram Adam Corrie

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*