Pelakon dan penerbit, Sheila Rusly ada berkongsi satu rakaman video menerusi media sosial Instagram miliknya.
Menerusi video tersebut, Sheila dilihat sedang menyuap pelakon Ayda Jebat masakan air tangannya.
Jelasnya dikapsyen, kasih sayangnya kepada rakan-rakan dan artis yang pernah bekerjasama dengannya adalah sama adil dan dia tidak pernah memilih kasih.
“Alippp ke.. Remy ke.. AJ ke..Ozlynn ke.. Jojo ke..wa sayang sama rata.. petik jer nak makan apa.. kepala migraine nak terbelah dua pun wa masak😅Korang sayang wa 1 x wa balas sayang korang 10 x der.. 😇
#yeemee #airtangansr #instafood #homecooked #cookedwithlove #sentiasabersyukur #alhamdulillah“, tulisnya di entri tersebut.
Perkongsiannya itu telah mendapat perhatian ramai dan bersetuju dengan kata-katanya itu.



Sumber: Instagram Sheila Rusly
Leave a Reply