Penduduk kampung gali semula kubur pesakit covid19

Tular di media sosial apabila penduduk di satu perkampungan di Indonesia telah bertindak di luar kawalan dengan menghalau ambulans kerana tidak mahu jen4zah pesakit covid-19 itu dikebumikan di perkampungan mereka.

Namun kali ini berbeza pula ceritanya apabila kubur seorang pesakit Covid-19 yang baru sahaja dikebumikan telah digali semula setelah mendapat tentangan hebat daripada penduduk kampung yang tidak mahu jen4zah itu dimakamkan di situ.

Menurut sumber, kejadian ini berlaku kerana penduduk di kampung berkenaan bimbang mereka akan dijangkiti dengan penularan wabak m4ut itu.

Lebih mengejutkan apabila pemakaman itu mendapat tentangan daripada penduduk kampung dari 3 lokasi berlainan sehingga ada di antara mereka yang mengatakan bahawa tanah perkuburan di kawasan terbabit sudah penuh dan tidak boleh memuatkan jenazah pesakit covid-19 itu.

Malah mereka juga dikatakan langsung tidak membantu dalam menguruskan jen4zah.

Menurut Datuk Bandar Banyumas, Achmad Husein berkata, pihaknya terpaksa akur dengan kehendak penduduk kampung dengan memindahkan jen4zah tersebut ke lokasi lain.

Tambah Achmad yang turut membantu pemakaman tersebut percaya bahawa jen4zah terbabit tidak membah4yakan kesihatan mereka.

“Itu salah faham. Bahkan saya sendiri berada di dekat keranda berkenaan. Saya berani. Virus itu adanya pada orang hidup, bukan orang yang sudah m4ti”,ujar Achmad.

Difahamkan, urusan pengebumian jenazah pesakit covid-19 itu telah selesai tetapi lokasinya dirahsiakan.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*