Netflix Cari Peserta Untuk Sertai Rancangan ‘Squid Game: The Challenge’, Hadiah Utama Sebanyak US$4.56 Juta

Mesti ramai yang cukup kenal dengan siri popular dari Netflix ini iaitu Squid Game yang pernah mencetuskan fenomena di seluruh dunia. Sampaikan ramai yang akan mencuba semua permainan yang dilakukan di dalam siri terkenal dari Korea Selatan ini.

Kali ini Netflix mengumumkan mereka akan merekrut peserta untuk menyertai Squid Game: The Challenge di mana orang ramai boleh menyertainya. Sama seperti siri popular itu, peserta yang menyertai rancangan ini akan menerima hadiah utama sebanyak $4.56 juta (RM20.16 juta)!

Pertandingan ini mencari seramai 456 peserta dari seluruh dunia di mana para pemain akan menghadapi cabaran-cabaran yang diilhamkan dari siri popular itu termasuklah cabaran baru yang mengejutkan. Rancangan ini dijangkakan mempunyai 10 episod dan menjalani penggambaran di Britain.

Berdasarkan tinjauan di halaman untuk merekrut peserta, pemain bakal mengharungi situasi permainan Squid Game yang tidak diketahui penamatnya. Para peserta akan bersaing dengan satu sama lain sehingga akan tinggal seorang peserta yang bakal menjadi pemenang dan memenangi hadiah wang tunai itu.

“Sila ambil perhatian: Menang atau kalah, semua pemain tidak akan cedera. Tetapi jika anda menang, anda menang besar!”

Antara kriteria yang dicari pada mereka yang berminat untuk menjadi peserta ialah mereka perlu lah berusia 21 tahun ke atas, memiliki pasport yang sah dan bersedia menjalani sesi penggambaran selama empat minggu yang dijangkakan bermula pada awal tahun depan.

Penyertaan terbuka kepada semua penduduk Amerika Syarikat, United Kingdom dan global dengan hanya mengisi borang secara atas talian sahaja. Kalau anda berminat, boleh mengisi borang di halaman yang disediakan bersama-sama maklumat yang perlu dikongsikan.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*