Setiap sekolah pastinya mempunyai peraturan mereka yang tersendiri terutamanya bab penampilan diri pelajar yang perlu sentiasa kemas. Bagi pelajar lelaki pula, isu rambut panjang atau tidak menepati peraturan sekolah sentiasa menjadi isu yang diambil kira setiap hari.
Macam baru-baru ini pula, seorang cikgu sempat melakukan unboxing sebuah parcel yang dikatakan barang yang dibeli untuk pelajar di sekolah itu. Gimiknya membuka parcel tersebut di hadapan semua pelajar turut menarik perhatian pelajar yang sibuk meneka apakah barang tersebut.
>@idijohan_angklung_Beli barang online.. unboxing di rumah ❌.. unboxing di sekolah ✅♬ original sound – Idi Johan
Menerusi video yang dikongsikan ini, cikgu tersebut dilihat sedang berucap semasa perhimpunan yang dihadiri para pelajar di sekolah itu. Dia kemudiannya memberitahu dia baru sahaja menerima barang yang dibelinya di Shopee dan menunjukkan bungkusan tersebut pada para pelajar.
Cikgu tersebut kemudian meminta para pelajar untuk meneka barang apakah yang berada di dalam bungkusan tersebut sebelum dia membukanya. Soalannya itu turut membuatkan rata-rata pelajar tertanya-tanya tentang barang misteri yang dibelinya itu.
Namun sebaik sahaja dibuka, para pelajar terkedu apabila mendapati ia adalah mesin gunting rambut yang dibeli untuk sekolah itu. Lebih melucukan, cikgu tersebut kemudian memberikan amaran kepada para pelajar untuk segera memotong rambut sebelum dikenakan tindakan displin.




Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress
Sumber: Sumber
Leave a Reply