Lelaki Hantar ‘Voice Note’ Pada Junior Eldstal, Tak Sangka Rupanya Dibalas!

 

Bagi peminat bola sepak negara, pastinya perlawanan menentang Bahrain pada tempoh hari masih lagi segar dalam ingatan. Walaupun Malaysia kalah di dalam perlawanan ini, ramai yang memberikan pujian kepada pasukan negara yang telah berusaha sehabis baik untuk menang.

Di sebalik perlawanan itu, semangat yang diberikan oleh penyokong semasa perlawanan juga turut menjadi bualan di media sosial. Seperti tindakan seorang pemuda ini yang telah menghantar pesanan suara kepada pemain Junior Eldstal di Instagram milik pemain tersebut.

@capikdepaula Reply to @footymalaysia ♬ original sound – CapikRonaldoo – CapikDePaula

Menerusi video yang dikongsikan ini, pemilik video menunaikan permintaan dari pengikutnya yang meminta dia menghantar pesanan suara kepada pemain tersebut. Lelaki itu kemudian meninggalkan pesanan suara pada akaun Instagram milik Junior Eldstal itu.

Namun apa yang mencuri perhatian ramai ialah pemain bola sepak itu kemudiannya membalas pesanan suara tersebut tanpa disangka-sangka. Lebih mengejutkan ramai lagi, pemain itu dengan selambanya melayan lelaki itu seperti sudah lama kenal dengannya.

@capikdepaula Reply to @izatnotizzat ♬ original sound – CapikDePaula

Menurut peminat pemain tersebut, Junior Eldstal sememangnya mahir bertutur dalam Bahasa Melayu. Dalam masa yang sama, ramai juga yang terhibur apabila gelagat kedua-dua mereka ini yang berborak mengalahkan kenalan lama sahaja.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama berdekah dengan reaksi yang diberikan oleh pemain itu. Ada juga yang turut memuji tindakan selambanya yang menjawab pesanan mesej dari peminatnya sendiri ini.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*