‘Basuh Ber4k , Dia Jaga Mak Saya 24 jam’ – ‘Maid’ Berhenti Kerja, Rozita Ibrahim Hadiahkan Gelang Emas

Usahawan Rozita Ibrahim atau lebih mesra disapa Bonda Rozita akui sebagai majikan dia menyayangi semua para pekerjanya baik dari Indonesia atau Malaysia.

Meski pernah berhadapan dengan pelbagai pengalaman buruk sebelum ini, Rozita memberitahu dia tetap menjalinkan hubungan baik bersama pekerja, lebih-lebih lagi terhadap mereka yang masih berkhidmat dengannya.

IG Bonda

Menerusi perkongsian sama, Rozita turut berkongsi cerita perihal salah seorang pembantu rumahnya, dikenali sebagai Yati yang kini telah berhenti kerja.

Sebagai tanda penghargaan, Rozita menghadiahkan seutas gelang tangan emas kepada Yati di hari terakhir perkhidmatan.

“Yati jaga ar.wah mak saya 24 jam tanpa henti! Mandi makan basuh berak, usap mak saya sebelum tidur! Sedangkan saya tak buat begitu pada mak saya! Kemuliaan dia menjaga mak saya, sangat buat saya malu.

“Yati ni semua dia nak pakaikan saya. Butang baju, kasut, kalau boleh sependa pun dia nak pakaikan. Dia sayang saya kerana dia tak pernah ada ibu sejak kecil. Umur dia sebaya Kri (Aliff Syukri),” tulisnya lagi.

Dalam pada itu, Rozita berpendapat sebagai majikan seharusnya menghargai jasa pekerja terutama sekali kepada mereka yang baik dan setia.

 

 

 

Sumber: Media Hiburan

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*