‘Memang Juara Bab Jodohkan Orang’ – Zara Zya N4fi Sedang Menyulam Cinta Dengan Shuib

Pelakon Zara Zya menafikan dakwaan netizen yang kononnya dia sedang mengenali hati dan budi serta menyulam cinta dengan pelawak dan usahawan terkenal, Shuib Sepahtu.

Memetik laporan Kosmo!, Zara berkata, dia sudah lama mengenali Shuib sebagai rakan artis, dan tidak lebih daripada sekadar rakan seindustri.

“Netizen memang juara kalau bab nak jodohkan percintaan orang. Laju je mereka buat kerja. Mana ada saya bercinta dengan Shuib, tidak sama sekali.

Kami bertemu pun sebab ada urusan yang perlu diurus dan dibincangkan bukan bercinta atau keluar dating.”

Terdahulu, tanda tanya tentang hubungan mereka mula timbul selepas Shuib yang jarang sekali memuat naik foto bersama wanita, berbuat demikian dengan sekeping foto bersama pelakon berusia 36 tahun itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Menguatkan lagi spekulasi, Zara turut memuat naik foto sama dengan ucapan terima kasih kepada Shuib yang mengundang seloroh netizen, ‘menjodohkan’ mereka berdua selain mendoakankan yang baik-baik agar urusan mereka berdua dipermudahkan.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*