Tular Guna penyodok, Kertas Keras Tolak Air Di SNBJ. Ini Reaksi Padu TMJ

KUALA LUMPUR  : Ketika Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dilabel antara venue tercantik dan termoden di rantau ini, situasi itu sebenarnya jauh meleset dengan kemudahan teknikal yang terdapat di stadium itu.

Ia selepas petugas stadium dilihat terpaksa menggunakan penyodok sampah dan kertas putih keras yang biasanya digunakan menyapu sampah sebaliknya digunakan untuk membuang air yang bertakung di atas permukaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Situasi itu sebenarnya memalukan ketika seharusnya jentera menolak air boleh digunakan seperti mana dipraktikkan oleh kebanyakan stadium di seluruh dunia.

Ini bukan situasi yang jarang berlaku di stadium ini kerana sebelum ini beberapa aksi persahabatan mahupun final Liga Malaysia pernah berdepan masalah air bertakung susulan hujan lebat yang turun sebelum aksi.

Bayangkan petugas stadium perlu menolak air menggunakan penyodok sampah yang mengambil tempoh masa agak lama berbanding jika menggunakan jentera atau mesin menolak air yang lebih pantas dan efektif.

Begitupun hujan lebat yang turun selama sejam menyaksikan permukaan padang bertakung dan memerlukan masa untuk menunggu air surut.

Dalam pada itu, Pemilik JDT, Tengku Mahkota Johor ada berkongsi di IG story baginda mengenai teknik yang di gunakan di Stadium Larkin dalam mengelakkan banjir di dalam padang

 

Kos sistem saliran yang tak lebih dari RM300K

Good Night

Akhir sekali, dengan berlatar belakang padang yang cantik, TMJ mengucapkan selamat malam kepada semua

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber :  http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*