Si Bulus Bertopeng Bak ‘Keluang Man’ Cuit Hati Ramai

 

Sebut sahaja tentang kisah Keluang Man, ramai yang tahu akan siri animasi popular tanah air ini yang sentiasa tersemat di fikiran peminat yang tidak jemu menontonnya.

Untuk info, Keluang Man ini telah bersiaran di TV1 sejak dari 1998 sehingga 2005 manakala difahamkan siri animasi Keluang Man tersebut ditayangkan semula sekitar tahun 2008 di siaran TV9.

Walau bagaimanapun, nampaknya ramai yang kembali merindui Keluang Man apabila gelagat si bulus menangkap perhatian ramai dengan corak unik diwajah dan badannya.

Dalam pada itu, warganet juga tercuit hati dengan kecomelan si bulus tersebut yang digelar sebagai Keluang Man yang mana corak uniknya yang berwarna hitam campuran putih dibahagian bawah menyebabkan wajahnya menjadi bualan ramai.

@skyisbae7 Ade berani kaco kawasan abg long?!#kluangman #cat #kucing #pantaisiring #melaka #malacca #fyp #fypγ‚· ♬ bunyi asal – πŸŒˆπŸ’™π•π•šπ•šπ”Ήπ•–π•Ÿπ•˜π•œπ•–π•Ÿπ•˜πŸ’›πŸŒˆ – πŸ’™π•π•šπ•šπ”Ήπ•–π•Ÿπ•˜π•œπ•–π•Ÿπ•˜πŸ’›

Perkongsian video oleh skyisbae7 dengan kapsyen pula ditulis, β€œAde berani kaco kawasan abang long,” itu menyebabkan ramai tertawa dan kecomelan kucing tersebut membuatkan ruangan komen dihujani dengan ratusan reaksi lucu warganet.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*