Hasil Minta Sedekah, Pengemis Ada Simpanan Sebanyak RM149K

 

Kecoh di media sosial baru-baru ini tentang kisah seorang pengemis di Indonesia yang memiliki wang simpanan yang begitu banyak di dalam akaun banknya. Pengemis dikenali sebagai Lutfi Haryono itu dikatakan memiliki wang hampir RM149,000 sekaligus membuatkan ramai berasa curiga mengenainya.

Menurut sumber, kisah pengemis kaya itu menjadi tular selepas gambar dua buku simpanan bank milik lelaki itu dikongsikan di media sosial. Pihak polis kemudian memanggil lelaki itu ke balai polis untuk diambil keterangan bagi menjelaskan tentang wang di dalam akaun bank miliknya itu.

Jurucakap polis memberitahu lelaki itu mengaku wang di dalam akaun bank tersebut adalah wang simpanannya yang dikumpul selama ini. Malah lelaki itu juga tidak menafikan kenyataan orang ramai bahawa duit di dalam akaun bank itu sememangya adalah wangnya sendiri.

Pihak polis juga mendapati lelaki itu telah mengemis selama 13 tahun selepas berpisah dengan isterinya. Wang simpanan yang dikumpulnya selama 13 tahun itu juga digunakan untuk keperluan peribadi seperti membina rumah.

“Menurut Lutfi, dia suka memaksa penduduk untuk mendapatkan wang.”

Namun lelaki itu memberitahu bukan kesemua wang simpanannya itu adalah daripada hasil mengemis dari penduduk setempat. Menurutnya, dia pernah bekerja di sebuah kedai makan sebelum ini sebelum menjadi pengemis dan meminta wang.

Selepas kisahnya yang tular dan menjadi bualan ramai ini, lelaki itu berjanji untuk tidak mengulangi perbuatannya mengemis dari penduduk di situ lagi. Malah dia memberitahu akan mula berniaga warung untuk mencari sumber pendapatan.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*