Kartun yang wujud sejak sekian lama, Mickey Mouse pernah menjadi antara kegemaran kanak-kanak. Malah yang dulunya pernah menyaksikan kartun Mickey Mouse ini kini sudah pun dewasa.
Karakter kartun ini juga cukup popular dan ramai yang mengenalinya. Bagaimanapun, suara Mickey Mouse yang dialih ke bahasa malaysia sejak dari dulu lagi sebenarnya adalah milik pelakon berbakat Khir Rahman.

Pendedahan ini diakui sendiri oleh pelakon tersebut baru-baru ini. Dalam satu perkongsian video menerusi TikTok milik pelakon ini dia memberitahu suara alih karakter kartun itu adalah miliknya.
Sempat juga dia membuat suara Mickey Mouse itu dalam rakaman yang dikongsikan. Berikut adalah rakaman suara Mickey Mouse dari Khir Rahman :
Siapa sangka suara comel karakter kartun versi bahasa malaysia itu adalah Khir Rahman bukan? Apa-apa pun perkongsian rakaman ini telah meraih lebih 700 ribu tontonan dan 121 ribu likes.
Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai perkongsian rakaman ini di ruangan komen seperti berikut :


Sumber: Kei Ramoss
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress
Sumber : HCL
Leave a Reply