PETALING JAYA : “Usah pertikaikan mengapa ada selebriti enggan mendedahkan wajah bayi mereka.” Itu pesanan penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza kepada netizen yang sering mempersoalkan tindakan selebriti menutup wajah anak dalam akaun Instagram (IG).
Tegas Siti, tindakan selebriti berkenaan tidak sepatutnya jadi polemik dan netizen juga tidak perlu masuk campur kerana ia keputusan bersifat peribadi.
“Bagi saya, terpulang kepada ibu bapa masing-masing. Mereka pastinya mempunyai alasan tersendiri. Malah, setiap individu mempunyai pilihan sendiri sama ada nak tunjuk wajah anak atau sebaliknya.
“Saya hormati pendirian mereka. Saya juga ada pilihan untuk tidak menunjukkan wajah anak-anak saya, sebelum ini,” katanya kepada BH Online.
Tambah penyanyi Aku Bidadari Syurgamu ini, dia percaya apabila sudah bersedia, pasti artis berkenaan akan memperkenalkan wajah anak untuk tatapan khalayak.
“Jika tiba masanya nanti, mereka nak tunjuk wajah anak. Jadi, tak perlukan kita nak mempertikaikan apa-apa kerana mereka tahu apa yang mahu dilakukan,” ujar ibu kepada sepasang cahaya mata ini.
View this post on Instagram
Siti ditemui pada Majlis Rumah Terbuka anjuran Universal Music Malaysia.
View this post on Instagram
Anggun mengenakan kurung potongan moden rona merah jambu, penyandang trofi Anugerah Seri Perak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2012 itu turut menghiburkan tetamu dengan lagu Lip Lap Raya.
Isu artis sorok anak tercetus apabila usahawan kontroversi, Kak KM atau meluahkan rasa rimas dengan tindakan segelintir selebriti yang berkongsi gambar bayi selepas bersalin, namun enggan mendedahkan wajah anak.
Menyifatkan anak sebagai anugerah Allah, Kak KM atau nama sebenarnya, Liana Rosli berkata, ibu bapa sepatutnya berkongsi wajah anak kerana itu juga salah satu cara untuk menzahirkan rasa syukur dan gembira atas kurniaan itu.
Bagaimanapun, pendapat itu disangkal penyanyi, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein, antara selebriti yang menutup wajah anak-anak dalam IG dengan alasan untuk mengelakkan mereka terdedah ke dunia glamor.
Selebriti lain yang turut dikecam kerana enggan mendedahkan wajah anak termasuklah pengacara, Neelofa yang hingga hari ini kekal dengan pendiriannya tidak berkongsi wajah Muhammad Bil
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress
Sumber: Sumber
Leave a Reply