Elfira Loy dan suami selamat timang ‘baby girl’

 

SELEPAS Anzalna Nasir, pelakon Elfira Loy turut berkongsi berita gembira apabila dia selamat melahirkan anak kedua pada Jumaat.

Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 27, melahirkan anak perempuan sekitar pukul 6.27 petang di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

Pelakon drama Qalesya itu juga meluahkan rasa syukur apabila suaminya Farish Khairol Anuar menyambut sendiri anak mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @elfiraloy

“Saya ada banyak foto tapi saya suka yang ini.

“Subhanallah, ayah is such a superhero, menangis mommy tengok ayah sambut awak sendiri ketika mommy tengah push you.

“Alhamdulillah, pengalaman yang sangat berharga” tulisnya.

elfira 2

Elfira bersama suami dan anak pertamanya, Rayyan.

Elfira mendedahkan dirinya hamil anak kedua pada Oktober tahun lalu, dia turut bersyukur tidak menunggu lama untuk mendapatkan zuriat kedua.

Elfira berkahwin dengan Faris Khairul Anuar pada 1 Januari 2019. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Rayyan yang kini berusia dua tahun.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*