Aktor senior Bollywood, Sanjay Dutt baru-baru ini disahkan menghidap kans3r paru-paru tahap empat.
Malah pelakon veteran itu dikatakan akan pergi mendapatkan rawa tan perubatan susulan di Amerika Syarikat.
Menurut laporan dari Hindustan Times, Sanjay mengalami sesak nafas pada hari Sabtu, 8 Ogos 2020 dan dikejarkan ke hospital.

Pada awalnya Pihak perubatan berpendapat bahawa pelakon berusia 61 tahun itu mungkin dijangkiti Covid19 tetapi hasil ujian memberikan keputusan negatif.
Setelah mengetahui bahawa dia menghidap b4rah paru-paru, Sanjay akhirnya dibenarkan keluar dari Hospital pada hari Isnin. Namun, dia akan kembali menjalani rawatan di Amerika dalam masa terdekat.
Tidak mahu peminat rasa bimbang, Sanjay Dutt akhirnya menulis tweet pada hari Selasa, 11 Ogos 2020. Dia meminta orang ramai untuk mendoakan kesihatannya dan tidak membuat spekuvasi.
Sanjay juga menjelaskan bahawa dia akan bercuti dari industri hiburan.

“Hai kawan-kawan, saya berehat dari kerja untuk mendapatkan raw atan perubatan. Keluarga, rakan dan peminat saya menggesa anda semua untuk tidak risau atau tidak membuat spekuvlasi. Dengan cinta dan harapan baik anda, saya akan segera kembali, ”tulis Sanjay.
Sungguhpun begitu, Sanjay Dutt akan tetap berada di layar untuk filem KGF: Chapter 2 yang akan dirilis pada bulan Oktober.
Malah beberapa filem Sanjay Dutt bersama Ranbir Kapoor berjudul Shamshera akan dikeluarkan tahun ini.
Sekadar info, Sanjay Dutt memulakan karier lakonannya dari tahun 1981 dan sehingga kini dia telah membintangi 187 buah filem dari pelbagai genre terutamanya filem aksi.
Sumber:murai
Leave a Reply