Pada pertengahan bulan lalu ,kec0h sekejap di laman s0sial apabila pinggan mangkuk klasik dan bercorak bunga kegemaran mak-mak, Corningware vintage dikatakan mencecah harga puluhan ribu ringgit apabila dijual semula.
Set pinggan mangkuk ini menyebabkan kebanyakan rakyat Malaysia teruja seketika kerana dikatakan boleh dijual semual dengan harga bermula dari USD6,000 satu unit dan boleh mencec4h USD 10,000 untuk set mangkuk klasik Corningware diplatform eBay.
Benarkah harganya sebegitu rupa?
Seorang pemuda yang dikenali sebagai Hafizi Zain mengulas dan mendedahkan perkara yang sebenar, disebalik harga tidak masuk akal set pinggan mangkuk klasik yang dijual sehingga mencecah ratusan ribu ringgit di laman eBay.
Berikut ialah ulasan Hafizi,
Ketika kisah vintage corningware viral dijual sehingga USD6,000 tempohari, ramai orang kelam kabut bukak almari dapur dan contact mak & nenek masing-masing kat kampung tanya ada lagi ke tak set mangkuk corningware ni. Semua pun dah tersenyum sorang-sorang sebab bakal jadi kaya sekelip mata.. betul dak?
Ya.. memang betul! Saya pun tak terkecuali. hahaa.
=================================
APA YANG SAYA DAPAT TAHU TENTANG SET MANGKUK INI:
==================================
1. Harga asalnya hanya dijual pada harga RM400-RM600 sahaja untuk 1 set.
2. Kalau ianya betul-betul original, ianya dibuat dari US dan yang betul-betul vintage ada no.siri di bahagian bawah pemegang dia.. (haaa..cuba cek tengok..)
3. Ianya boleh digunakan untuk masak terus atas dapur gas dan boleh dihidangkan terus atas meja tanpa perlu tukar ke bekas yang lain pula.
4. Pernah jadi TREND satu ketika dahulu.. Golongan mak-mak ni siap buat kutu beramai-ramai lagi semata-mata nak beli set mangkuk ni..
5. Kalau tanya mak or nenek kita, konpomm dia x bagi jual set mangkuk ni.. Letak la harga brapa-brapa pun. Sayang kott.. hehehe..
6. Kelebihan paling best pada set mangkuk ni adalah.. walaupun dah berusia berpuluh-puluh tahun, ianya masih kelihatan macam baruu… Betul tak? kannn…
Selain membuat kajian sendiri di online.,Hafizi juga telah merujuk perkara tersebut kepada pakar barang antik, dan ini ialah kesimpulan yang dibuat oleh Hafizi:
1. Penjual eBay sebenarnya yang cuba memanipulasikan harga kerana jika betul-betul ‘rare’ dan ramai yang sedang mencari koleksi tersebut, tentunya banyak bidaan tetapi perkara yang berlaku sebaliknya.
2. Seorang pakar barang antik yang bernama Adam Zimmerman berkata, walau rare macamana pun, harga utk setiap unit mangkuk ini hanya bernilai USD100 – USD150 sahaja.
3.Sangat mustahil ada orang sanggup membayar sehingga USD6,000 untuk barangan seperti ini sekalipun ianya sudah berusia lebih 30 tahun.

4.Selepas tvlar, ramai rakyat Malaysia membuat list di ebay dan Lazada dengan harga RM1,000 ke atas.
5.Belum jumpa lagi koleksi tersebut telah terjual secara ‘real’. Yang dummy banyak.

Bagaimanapun Hafizi memberitahu bahawa penjelasan di atas cuma pendapat peribadi nya berdasarkan pe elitian dan kajian dari pakar.
Sekiranya benar-benar set ini terjual dengan harga yang tinggi, anggaplah itu sememangnya seperti rezeki terpijak.
Apapun sebaiknya kita meneliti dan mengkaji terlebih dahulu terhadap sesuatu maklumat yang disampaikan untuk mengelakkan diri dari berputih mata.
Sumber:KLMenjerit
Leave a Reply