Nikah musim PKPB: Facemask, hand sanitizer jadi barang hantaran pasangan warga emas

Pasangan warga emas Yaacob Hassan dan Saudah Yaaacob masing-masing yang mempunyai 31 cucu dan 11 cucu selamat diijabkabulkan pada hari raya kedua, semalam. 25 Mei 2020.

Yaacob Hassan yang berusia 77 tahun berkahwin dengan pasangannya Saudah Yaacob, yang berumur 64 tahun di Kampung Desa Taqwa, Jalan Pengkalan Chepa.

Ini perkahwinan kali kedua kepada datuk yang mempunyai sepuluh orang anak, 31 cucu dan dua cicit ini yang memilih adik iparnya, Saudah Yaacob yang mempunyai empat orang anak dan 11 cucu.

Majlis ringkas tetapi amat bermakna ini disaksikan oleh keluarga terdekat termasuk enam orang iaitu seorang jurunikah, dua saksi, pengantin lelaki, pengantin perempuan dan seorang wali seperti yang diarahkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam negeri Kelantan.

 

Menurut cucu ketujuhnya Nur Azwaadiey Rosli, 25, keputusan untuk mendirikan rumah tangga datuknya ini diambil setelah kema tian isteri enam bulan lalu.

“Kami sekeluarga berpendapat lebih baik datuk berkahwin memandangkan dia juga mempunyai masaalah kesihaatan iaitu kan ser Limf0ma atau lebih dikenali sebagai kan ser d4rah bermula dari sel sistem imun dipanggil ‘lymph0ytes’,’ katanya ketika dihubungi.

Tetapi kini tahap kesih atan datuknya telah sembuh setelah menjalani rawaatan kim0terapi sebanyak enam kali.

Yaacob kini kuat dan terus melakukan kerja rumah dan bercucuk tanam dikawasan kebun berhampiran rumahnya.

‘Kami sekeluarga mengambil keputusan memberi semangat dan sokongan kepada mereka termasuk menyediakan hantaran perkahwinan istimewa iaitu penutup mulut dan hidung, sertta cecair pembasmi kuman (sanitizer),” sambung cucu keduanya itu Nur Azwaadiey.

Moga jodoh kedua-dua pasangan ini yang masing-masing mempunyai anak, cucu dan cicit akan dipermudahkan Allah.

 

 

 

 

Sumber:KitaReporters

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*