Harapan bergantung kepada cara kita mengawalnya, vaksin C0vid-19 mungkin tidak akan ditemui -Saintis AS

WASHINGTON: Seorang saintis terkemuka Amerika Syarikat (AS) yang terbabit dalam penyelidikan inovatif berkaitan k4nser dan HIV/AIDS memberi am4ran bahawa vaksin C0VID-19 ‘mungkin tidak akan ditemui’ ketika jumlah j4ngkitan di peringkat global meningkat kepada lebih 5 juta.

“Saya tidak meletakkan harapan (vaksin akan ditemui),” kata William Haseltine kepada Reuters.

Sebagai alternatif, Haseltine menyarankan negara-negara yang sudah melonggarkan perintah kawalan atau perintah berkurung untuk bergantung kepada pengesanan jangkitan dan langkah-langkah pengasingan yang ketat untuk mengawal penyebarannya.

Pendekatan itu terbukti berhasil di beberapa negara yang berjaya meminimumkan penyebaran, namun di seluruh dunia, jumlahnya terus meningkat.

Banyak pihak kini berusaha untuk membangunkan vaksin, antaranya Oxford University, selain sebuah firma yang berpangkalan di Massachusetts, Amerika Syarikat yang memaklumkan peringkat pertama ujian terhadap vaksin yang dihasilkan menunjukkan petanda positif.

Haseltine bagaimanapun mengingatkan vaksin yang berjaya dihasilkan sebelum ini gagal melindungi selaput lendir pada hidung, yang merupakan jalan utama bagi virus memasuki tubuh.

Walaupun ujian yang dibuat terhadap beberapa vaksin C0VID-19 dikesan dapat mengurangkan viral load pada organ seperti paru-paru, namun j4ngkitan masih ada.

“Harapan kini terletak pada cara kita mengawalnya.

“Tanpa rawatan atau vaksin, virus itu masih dapat ditangani dengan cara mengenal pasti jangkitan, mencari dan mengasingkan individu yang telah dijangkiti.

“Orang ramai juga harus sentiasa memakai topeng, mencuci tangan, membersihkan permukaan dan melakukan penjarakan s0sial,” kata Haseltine.

Sumber: Awani

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*