Baru mencecah usia 22 tahun, namun penampilan anak dara Datuk Afdlin Shauki, Mia Sara Shauki cukup memukau pandang.
Mewarisi bakat lakonannya bapanya, puteri sulung pelakon komedi dan penerbit ini rupa-rupanya turut berkebolehan menyanyi.
Pun begitu, Afdlin mengakui dia mengambil masa agak lama untuk memberi ‘lampu hijau’ buat Mia untuk serius dalam lakonan.



“Saya dah lalui pelbagai suka duka dalam bidang ini dan pengalaman tersebut membuatkan saya sedikit skeptikal untuk membenarkan anak-anak terlibat dalam industri ini,” katanya.
Bagaimanapun, dia tidak boleh men0lak secara total kecenderungan anak-anak selain memberikan nasihat seterusnya menyokong apa yang dirasakan terbaik.

Mia Sara merupakan pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Seni Persembahan di Taylor’s College dan dia turut mempunyai adik perempuan iaitu Anais dan Ileana Matin.
Foto: Instagram Mia Sara
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress
Sumber:MH
Leave a Reply